Thursday, May 1, 2014

Xiang Qi


Masyarakat Cina di Malaysia mempunyai beberapa jenis permainan tradisional seperti i yo-yo Cina, mahjong, Xiang Qi (catur Cina) dan lain-lain. Xiang Qi merupakan antara  permainan yang terkenal dan sangat digemari pada hari ini. Ianya berupa permainan catur. yang mempunyai ciri-ciri keunikan  dengan peraturan dan syarat permainan yang tersendiri.

Xiang Qi merupakan satu permainan yang berasal dari purba China, iaitu kira-kira tahun 569 sebelum Masihi ke-4 pada zaman masyarakat Feudal. Melalui catatan yang rasmi, catur Cina ini telah muncul pada zaman peperangan di China. Sebelum Dinasti Qin, ia berevolusi dari sejenis judi dan berubah kepada sejenis Catur Enam yang terkenal pada penghujung zaman berperang Chunqiu pada tahun 770 sehingga tahun 476 sebelum Masihi ke-4. Menurut buku purba China pada zaman Dinasti Song, Xiang Qi merupakan sejenis permainan yang tidak mempunyai peraturannya. Kemudiannya ianya dimodenkan dengan peraturan-peraturan permainan tersendiri. Permainan ini sangat digemari oleh Raja-raja China. Permainan ini sangat membantu dalam mengatur strategi-strategi peperangan.

Kaedah Bermain


Catur Cina semakin menjadi moden disebabkan perkembangannya bersama-sama dengan kepintaran, kebijaksanaan, sejarah dan budaya rakyat China. Permainan ini merupakan satu permainan papan yang ditempuri oleh dua orang pemain yang mewakili dua pasukan tentera. Permainan ini sangat unik dari segi ciptaan dan ciri-ciri khasnya. Papan caturnya dibahagi oleh sebatang ‘sungai’ kepada dua bahagian yang bertentangan. 

Teknik, stategi, kepintaran dan kesabaran amat diperlukan semasa bermain permainan ini. Kemunculan permainan catur Cina ini sangat berfaedah dan berguna tidak kira pada masa dahulu atau sekarang. Hal ini kerana pada zaman Dinasti China dahulu, maharaja akan mendapat idea dan strategi untuk menyerang musuhnya dengan sabar dengan bermain strategi catur. Manakala bagi rakyat sekarang, mereka dapat mempelajari kesabaran dan tumpuan yang amat diperlukan pada masa kini.



Sunday, April 27, 2014

Galah panjang/ Main Tol

Galah panjang ataupun Main Tol merupakan satu permainan tradisional kanak-kanak di Malaysia. Ianya juga turut dimainkan oleh orang dewasa di pesta-pesta kebudayaan dan sebagai acara sukaneka pada hari-hari tertentu atau hari sukan.

Permainan ini adalah jenis permainan di luar rumah. Ianya dimainkan dalam kumpulan di mana dua kumpulan diperlukan untuk memainkannya. Kumpulan penyerang dan kumpulan bertahan dibentuk dengan jumlah pemain bagi setiap kumpulan tidak kurang dari 4 orang.  Maximum 10 orang  boleh bermain dalam satu  kumpulan jika ruang untuk bermain adalah besar.

Petak disediakan sebelum memulakan permainan ini. Petak tersebut berbentuk segi empat tepat dengan kadar kelebaran dan ketinggiannya mengikut kesesuaian kumpulan pemain tersebut.






Kaedah bermain
* Sebelum permainan dimulakan ketua pasukan penyerang(ibu) akan menepuk tangan ketua pasukan bertahan di petak kepala gelanggang. Ini merupakan permulaan bagi kedua-dua pasukan beraksi.
* setipa pemain hendaklah melepasi semua garisan petak tersebut hingga ke garisan belakang sekali dan kembali semula ke garisan hadapan. Pemain yang dapat kembali semula ke dalam petak selepas melepasi petak terakhir dikehendaki mengambil satu bendera dari belakang dan memacaknya di sudut depan petak pada ruang yang disediakan sebagai tanda kejayaannya.
* Jika pemain tersebut disentuh oleh pihak bertahan maka dirinya dianggap mati atau terkeluar dari permainan tersebut.
* Jika ketua pasukan penyerang (ibu) dapat disentuh oleh pihak bertahan maka seluruh pasukan penyerang itu kalah.
* Dalam keadaan ini pertukaran kedudukan akan dilakukan di man pasukan bertahan akan menjadi pasukan penyerang.


Peraturan Permainan
*Pemain pasukan penyerang tidak boleh berundur kebelakang setelah melepasi garisan gelanggang.
Jika ini berlaku, pasukan penyerang dianggap kalah dan pasukan bertahan akan membuat pertukaran kedudukan/role sebagai pasukan penyerang.
* Pemain dikira mati jika terdapat pemain terkeluar dari garisan gelanggang.
* Masa ditentukan bagi satu perlawanan, antara 8 hingga 10 minit. Ini untuk mengelakkan pasuka penyerang melengah-lengahkan permainan.
* Pasukan penyerang akan diberi markah ganjaran jika ketua pasukan penyerang (ibu) dapat melepasi kesemua garisan hingga kembali ke garisan permulaan.
* Mana-mana pasukan yang dapat markah tertinggi akan dikira memenangi perlawanan tersebut.

Friday, April 25, 2014

Permainan Gomuku

Gomuku adalah permainan papan strategi abstrak. Ia juga digelar Gobang. Maksudnya "five in a row and connect five" yang bermaksud pergerakan 5 berturut-turut. 

Gomuku secara tradisionalnya dimainkan dengan batu Go ( batu hitam dan batu putih) pada papan Go (15x15 atau 19x19 persimpangan). Batu Go tidak boleh dipindahkan atau dikeluarkan dari papan, hanya boleh digerakkan sahaja. Gomuku juga boleh dimainkan dengan kertas dan pensil. Permainan ini dikenali dengan nama yang berbeza di negara lain.

Pemain batu hitam memulakan permainan dan diikuti oleh pemain lain secara bergilir-gilir. Batu akan digerakkan dan diletakkan pada titik kosong. Permainan ini tidak ada langkah terlarang. Pemain boleh menggerakkan batu secara mendatar, menegak atau menyerong.

Pemenang adalah pemain yang berjaya mendapatkan 5 baris batu yang tidak berputus-putus. Batu yang disusunnya boleh dikira secara mendatar, menegak atau menyerong.

Tuesday, February 25, 2014

Bawang putih - makanan ajaib



Bawang putih merupakan antara tumbuhan yang digunakan  oleh masyarakat Malaysia  di dalam memasak makanan terutamanya untuk menumis. Baunya kurang enak semasa sedang ditumis. Ini kerana bawang putih mengandungi sejenis bahan yang dikenali sebagai Allicin. Allicin inilah yang memberi bau yang tidak menyenangkan tersebut. Allicin akan bercampur dengan sulfat untuk menjadi sulfida. Bau ini hanya keluar apabila bawang dipecahkan atau ditumbuk. Namun demikian, ciri-ciri perubatan menakjubkan yang terdapat pada bawang putih dengan kandungan sebatian Allicin tidak boleh dipandang ringan.

Pakar herba telah lama menganggap bawang putih sebagai " herba atau makanan ajaib" kerana unsur perubatan dan antibiotik yang ada padanya. Ia dapat membersihkan sistem tubuh dan mencegah pelbagai penyakit. Penggunaan bawang putih sebagai ubat tradisional  telah dikesan sejak ratusan tahun yang lalu  oleh pelbagai negara. Banyak pakar telah membuktikan kemujaraban bawang putih secara ilmiah.Rekod Perubatan India menunjukkan bawang putih telah digunakan sebagai bahan perubatan tradisional hampir 5,000 tahun dahulu, manakala masyarakat Cina menggunakannya sejak 2,000 tahun dahulu.

Khasiat bawang putih digunakan di dalam ramuan tonik wanita selepas bersalin, untuk mengeluarkan angin di dalam badan, mengatasi masalah usus dan penghadaman serta masalah parasit. Masyarakat Cina pula percaya bahawa bawang putih dapat menyembuhkan luka dengan cepat dan melegakan sakit sendi (rheumatism). Bawang putih yang dimakan mentah pula berupaya untuk merawat asma, artritis, selesema, jangkitan sinus dan sakit tekak.

Pada tahun 1921, De Bray dan Leopard, pakar dari Belanda telah membuktikan bahawa bawang putih amat berkesan dalam pengubatan tekanan darah tinggi. Demikian juga Ortney de Jerman dan Povilaard, ilmuwan Perancis pada tahun 1929. Dengan itu , amat elok untuk anda memakan bawang putih sebagai ulam atau meggunakan untuk memasak sayur. Terdapat segelintir orang membakar bawang putih dan memakannya seumpama makanan lain. Anak-anak kecil adalah amat digalakkan memakan bawang putih sebagai makanan.

KEGUNAAN
Menurut kajian sains, bawang putih mempunyai 2 fungsi penting :
1)    Sebagai makanan
2)  Penawar penyakit-penyakit khusus seperti penyakit jantung, penyakit jangkitan bacteria, virus dan fungus.

Kajian telah menunjukkan bahawa bawang putih mampu melawan pelbagai jenis bacteria, virus dan fungus berbanding dengan antibiotik sungguhpun tindakannya tidak sekuat antibiotik. Ini adalah kerana bawang putih mengandungi Allicin (sejenis sulfat semulajadi). Dengan itu, bawang putih boleh dimakan secara mentah ataupun dalam bentuk kapsul untuk mengubati jangkitan mulut, kerongkong, bronchitis, cirit-birit, jangkitan kulit dan juga jangkitan saluran kencing. Bawang putih juga boleh menyembuhkan penyakit selsema dan demam selsema. Kandungan Allicin  bertindak menghalang tindakan bakteria di dalam saluran pernafasan. Dengan ini masalah hidung tersumbat dan influenza boleh diatasi. Bawang putih juga  kaya dengan protein, vitamin A,C, tiamin dan galian-galian surih seperti tembaga, zink , kalsium,potassium, sulfur, germanium dan selenium.

Suatu kajian telah dilakukan oleh Garlic Information Center  terbukti bahawa bawang putih mengandungi bahan yang dapat menyerang virus yang seterusnya mengurangkan gejala selsema, mempercepatkan proses penyembuhan dan mengurangkan risio dijangkiti virus lain.

Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Selain itu bawang putih juga digunakan sebagai penawar batuk, kecacingan, tekanan darah tinggi, gatal-gatal, diabetes dan banyak lagi. Bahkan bawang putih juga dapat digunakan sebagai agen awet muda, melambatkan proses penuaan, meningkatkan tenaga batin dan menguatkan otot-otot badan. Dr. Allen Mc Anywell dari Darwin Medical Center pernah menyatakan bahawa ubat yang mengandungi bawang putih dapat menyembuhkan jangkitan usus, jangkitan saluran pernafasan, kulit dan luka akibat dari gigitan binatang.

Sebatian unik, Allicin juga mengandungi khasiat perubatan semulajadi seperti ciri antibakteria, antivirus, antibarah dan mencegah penyakit jantung. Bahan ini juga mampu merencat pertumbuhan tumor dengan merencat pembahagian dan pembesaran sel-sel. Allicin juga berupaya untuk membaiki dan menguatkan sistem pertahanan tubuh seseorang. Sebatian allil disulfida yang terdapat di dalam bawang putih juga turut membantu mencegah pertumbuhan tumor malignan.

Penyelidikan yang dilakukan di China pada tahun 1991 telah membuktikan bahawa seseorang yang kerap atau mengamalkan memakan bawang putih dapat mengurangkan kadar serangan barah perut. Hal yang sama juga berlaku di Peking, kadar kematian disebabkan penyakit barah di dapati rendah bagi penduduk yang kerap memakan bawang putih secara berterusan. Mereka mengambil sehingga 200g bawang putih setiap hari. Hal sebaliknya berlaku kepada orang yang tidak memakan bawang putih, mereka lebih mudah diserang penyakit barah. Namun begitu masih belum terdapat bukti kukuh menyatakan bahawa dengan mengamalkan pengambilan bawang putih dapat mengelakkan diri manusia dari penyakit barah secara keseluruhannya.

Selain berupaya mengurangkan kadar penyakit barah, bahan Allican dapat mengurangkan tahap kolestrol sehingga 19% disamping berupaya menghalang pengumpalan platlet darah, meningkatkan aliran darah dan merendahkan tekanan darah. Penemuan ini diperolehi melalui penyelidikan penyakit jantung di Yayasan Jantung British dan Jabatan Kesihatan Umum di Oxford.

Penggunaan bawang putih untuk mengurangkan penyakit jantung telah lama diamalkan oleh penduduk Mediterranean dan juga negara-negara Asia di mana bawang putih mudah diperolehi. Di China dan Jepun, bawang putih telah digunakan untuk merawat darah tinggi (hypertension). Herba ini juga telah dibuktikan dapat mengurangkan lemak dan gula di dalam darah. Ia mengandungi komponen antikoagulan iaitu sejenis bahan yang bertindak sebagai pembersih darah, mengawal penyakit jantung dan strok. Bagi pesakit jantung, kesan bawang putih lebih efektif daripada aspirin kerana kandungan Allican dapat merencat pengumpulan platlet yang boleh menyumbat saluran darah tanpa mengganggu fungsi enzim. 

Menurut sejarah, Louis Pasteur (1858) telah berjaya membunuh bakteria di dalam makmal dengan mencampurkan ekstrak bawang putih ke dalam media kalturnya. Kajian selanjutnya pula mendapati bahawa ekstrak bawang putih yang apabila dicampurkan bersama-sama medium kaltur akan merencat pertumbuhan bakteria, yis, kulat dan juga virus. Satu komponen kimia yang terdapat di dalam bawang putih ialah Ajoene yang berupaya merencat pertumbuhan lebih daripada 20 varieti kulat seperti Fusarium lini, Candida albicans dan Athlete's foot. Minyak yang diperolehi daripada bawang putih berkesan dalam merencat pertumbuhan bakteria berbahaya seperti Clostridium botulinum yang boleh mengakibatkan keracunan makanan. Ciri antimikrob ini boleh diperolehi daripada ekstrak bawang putih, daun serta minyaknya. Walaubagaimanapun bahan-bahan kimia yang bertindak sebagai antimikrob ini  akan termusnah keseluruhannya jika dipanaskan pada suhu 100°C selama 20 minit. 

Secara turun temurun bawang putih telah digunakan di negara kita untuk tujuan-tujuan berikut:-
  • Membuang angin
  • Menambah dan mengawal selera makan
  • Mengurangkan sakit gigi,gusi dan gigi yang longgar
  • Merawat batuk dan batuk kering
  • Merawat selesema
  • Merawat sakit telinga
  • Menghalau serangga
  • Merawat bisul dengan menuamnya
PENGAMALAN DOS
Mengambil 2 ulas bawang putih mentah setiap hari sudah memadai, tetapi dos standard adalah 900 mg serbuk bawang putih yang mengandungi 1.3% alliin setiap hari. Supositori bawang putih boleh digunakan untuk mengubati jangkitan yis. Anda boleh menghasilkan supositori tersebut dengan menggunakan seulas bawang putih yang telah dibuang kulit. Balut bawang putih tersebut dengan kain kasa dan kemudian masukkannya dalam rongga vagina. Ganti supositori itu setiap 3 – 5 jam. Ulangi proses ini selama 3 – 5 hari sehingga jangkitan yis sembuh.

Bakar  :
Pecahkan sedikit seulas bawang putih dan bakar selama beberapa minit.Sapukan   dengan minyak masak, kemudian sapukan ke tekak. Ini bagi mengurangkan masalah sakit tekan dan batuk. Ia amat baik untuk meredakan masalah sistem respirasi seperti demam sejuk, demam selsema dan sakit tekak.

Masakan :
Gunakan bawang putih sebagai salah satu ramuan dalam masakan. Bawang putih dan cuka boleh mengurangkan panas dan pathogen yang berbahaya.Penyediaan pes seperti di bawah sangat berkesan untuk mengubati demam biasa dan untuk mencegah influenza ataupun selsema.

500g bawang putih 
gula tebu

Tumbuk bawang putih sehingga menjadi pes.
2 sudu pes bawang putih dicampurkan dengan gula - diambil dengan menambahkan air panas.Campuran ini diminum 2 kali sehari. Campuran ini digunakan untuk merawat batuk akibat daripada penyakit angina ataupun bacteria pathogen.

KESELAMATAN 
Bawang putih tersenarai sebagai salah satu bahan yang selamat diambil oleh Food & Drug Administration (FDA). Walaubagaimanapun, mengambil bawang putih secara berlebihan boleh menyebabkan ketidakselesaan perut, pedih hati, loya, muntah, cirit-birit, perut kembung, kemerahan muka, denyutan nadi yang pantas dan insomnia. Bawang putih tropika boleh mengakibatkan kejadian rengsaan atau ‘pembakaran’ kulit yang teruk. Jadi anda disarankan agar berhati-hati ketika mengaplikasikannya pada kulit dan supositori vagina. Bawang putih juga mampu mencairkan darah, sekali lagi anda disarankan agar tidak mengambilnya sebelum menjalani pembedahan atau bersalin. Anda juga diingatkan bahawa bawang putih tidak boleh diambil bersama agen pencair darah coumadin ( warfarin ), heparin, aspirin atau trental sebaliknya boleh diambil bersama produk semula jadi seperti gingko dan Vitamin E yang berdos tinggi. Bawang putih adalah selamat diambil oleh wanita mengandung, kecuali ketika bersalin dan ibu yang menyusu.

Wednesday, February 12, 2014

Belimbing buluh





Malay : Belimbing buluh
Scientific name : Averrhoa Bilimbi Linn.
English : Bilimbi/ Cucumber tree
Ayurvedha : Karmaranga/ Karmsaraka
Tamil : Irumban Puli/ Bilimbi

Belimbing buluh  merupakan sejenis tumbuhan kampung yang mudah tumbuh di  iklim Tropika. Ianya mudah ditanam di mana-mana  kawasan dan tidak memerlukan penjagaan rapi. Pokok belimbing selalunya rendah dan berdahan banyak. Daunnya mempunyai dua jalur anak daun yang kecil dan tersusun rapi di kedua-dua belah urat. Anak-anak daun ini mudah gugur dari tangkainya. Bunga belimbing terdapat samada di batangnya ataupun di dahan-dahan yang matang. Ianya berwarna merah. Buah belimbing selalunya didapati dalam keadaan bertangkai asing ataupun dalam satu gugusan. Buahnya boleh digunakan untuk pelbagai tujuan.

1. Pencuci muka/ melicinkan kulit muka
Parut buah belimbing dan campurkan dengan bedak sejuk. Buatkan ianya menjadi masker, biarkan selama 10 minit. Kemudian bilas dengan air suam.

2. Menurunkan tekanan darah
Tumbuk beberapa biji buah segar. Minum perahan airnya 2-3 kali sehari.

3. Hilangkan jerawat
Tumbuk halus beberapa biji buah segar. Tambahkan sedikit limau nipis dan ramas. Sapukan pada bahagian yang dijangkiti jerawat. Biarkan beberapa minit dan bilas dengan air mengalir. Lakukan 3 kali sehari.

4. Panau
Ambil beberapa biji buah segar dan tumbuk halus. tambahkan sedikit kapur sirih dan sapukan pada kulit  yang dijangkiti panau. Biarkan 5 minit dan bersihkan dengan air

5. Batuk/ kahak
Ambil 10 biji buah segar. Tambahkan 2 sudu besar air garam. Tapis dan minum 2 kali sehari atau
Rebus buah segar,daun dan bunga dalam kuantiti yang sama banyak  dan minum air rebusan tersedut 2 kali sehari
atau
Rebuskan segenggam bunganya dengan sedikit jus pegaga (ditumbuk  dan ambil jusnya), 2 biji bawang merah dan 1 batang kulit kayu manis. Tapis air rebusan itu. Minum air rebusan tadi dengan mencampurkan sedikit madu lebah selama tiga kali sehari

6. Sakit gigi
Tumbuk bunganya dan letak di gigi yang sedang sakit.
atau
Makan buah belimbing bersama garam.

7. Pitam
Tumbuk buah yang mudah dan minum jusnya. Rebusan air daunnya juga boleh digunakan.

8. Kencing manis
Amalkan minum jus buah mudah ( jangan terlebih minum kerana jus buahnya mengandungi kandungan oksalat yang tinggi yang boleh memberi kesan sampingan seperti penyakit karang pada saluran kencing)

9. Darah tinggi
Rebus beberapa biji buah segar. Minum air rebusnnya selepas sarapan setiap pagi.

10. Penyakit kuning bayi
Mandikan bayi dengan air rebusan daunnya

11. Sakit sendi
Giling halus daunnya dan lumur seluruh badan sebulum mandi. Juga menghaluskan kulit dan menghilangkan panau.

12. Demam panas
Ramas daunnya dengan sedikit air. Letak di atas kain. Demah kain tersebut di atas kepala.

13. Pengganti cuka
Buah belimbing boleh menggantikan cuka atau asam jawa dalam makanan

14. Mengilatkan tembaga

Barang tembaga dan suasa akan kilat berseri bila buah ranum digunakan bersama garam dan digosokkannya. Ianya merupakan pengilat natural yang sangat efektif kerana kandungan oksalat yang tinggi.

Tuesday, November 26, 2013

Pokok bangun-bangun


Nama Saintifik: Plectracthus Amboinicus
Malay : Pokok bangun-bangun
Bahasa Inggeris : Indian borage / Indian Mint / Cuban Oregano
Ayurveda: Patta Ajwain
Siddha : Omavalli
Tamil: Karpuravalli




Ia digunakan sebagai herba biasa di negara-negara Asia selatan. Ia adalah tender dan tumbuhan saka berisi. Ia ditanam sebagai taman rumah atau tumbuhan pasu. Ia amat aromatik ( aroma kapur barus ) dengan daun pendek , lembut dan berbulu. Ia boleh ditanam hanya dengan keratan batang . Ia tumbuh dengan cepat dan hanya  memerlukan sedikit air dan cahaya matahari.

Kegunaan perubatan
merawat selsema, batuk dan demam pada bayi
memperbaiki penghadaman dan merangsang selera makan untuk kanak-kanak kecil
penawar sedu
mengubati demam malaria
merawat sakit tekak dan hidung tersumbat
menyembuh masalah perut seperti kembung perut , loya dan cirit-birit
antiseptik - merawat jangkitan , luka, alahan kulit , ulser kulit
mencegah penyakit sendi
menyembuhkan asma kronik
menggalakkan kesihatan hati
merawat epilepsi
merawat gigitan serangga berbisa
mengubati sakit kepala

Gunakan sebagai Makanan
membuat kerepek
perisa daging
pelunak daging
digunakan sebagai ulam-ulaman

Cara penggunaan
1. daun dihancurkan dan jusnya akan dicampurkan dengan madu atau air manis untuk bayi dan kanak-kanak
2. bancuh beberapa daun untuk membuat ramuan
3. membuat teh menggunakan daun - tambah gula ( gula batu ) dan minum
4. mengunyah beberapa helai daun bersama-sama dengan gula
5. menghancurkan beberapa daun dan tampal pada luka atau gigitan serangga

Sunday, November 24, 2013

Amalan bertungku

Amalan Bertungku 



Amalan bertungku merupakan amalan tradisional yang penting ketika berpantang. Tidak lengkap berpantang sekiranya tidak bertungku.

Biasanya tungku diperbuat daripada besi sebesar botol 500ml dan beratnya kira-kira 1.5 kg. Bertungku juga tidak semestinya menggunakan besi kerana batu sungai atau anak lesung juga boleh digunakan. Ini kerana kesan bertungku bukan terletak kepada beratnya tungku tetapi tahap kepanasannya yang dapat meresap hingga ke dalam.


WAKTU BERTUNGKU
Waktu bertungku biasanya boleh dilakukan pada bila-bila masa, tidak kiralah waktu pagi, petang atau malam. Sebaiknya dilakukan setiap kali selepas mandi dan sekerap yang boleh sepanjang tempoh berpantang. Mulakan bertungku sebaik saja anda kembali kerumah dari hospital dan dilakukan setiap hari sehingga habis tempoh 44 hari pantang bersalin.
CARA-CARA BERTUNGKU
  • Dilakukan sambil berbaring.
  • Bahagian yang perlu ditungku - tungku ditekan perlahan-lahan bahagian bawah payu dara dan perut, bahagian pinggul, paha, punggung, bahagian ari-ari/bawah pusat, tapak kaki dan tumit. Kawasan yang perlu dielakkan ialah dibahagian luka pembedahan / cesarean.
  • Untuk kesan tungku yang lebih baik tapak kaki serta tumit juga perlu ditungku.
  • Bagi yang menggunakan batu tungku, ia perlu dipanaskan terlebih dahulu selama setengah hingga satu jam di atas api yang sederhana. Kemudian tungku perlu dibalut dengan kain cita yang telah dilapik dengan daun mengkudu yang dikenali sebagai Morinda citrifolia. Jika daun Morinda citrifolia tiada maka daun sirih iaitu nama sainsnya Piper betel atau daun lengkuas juga boleh digunakan. Kesan panas dari tungku akan meresap ke dalam daun dan sekaligus bertujuan merawat bahagian badan semasa proses bertungku.
  • Bagi yang menggunakan batu sungai, anda boleh panaskan beberapa biji batu setiap kali ingin bertungku. Balut batu dengan kertas surat khabar dan kain yang tebal, dan letak tungku di bahagian yang perlu ditungku seperti di atas. Sebaiknya diletakkan di beberapa bahagian badan serentak. Tapi langkah berhati-hati ketika bertunku haruslah diberi perhatian kerana tunku berada dalam keadaan panas.
  • Bagi yang menggunakan tungku dari besi dan tungku moden, anda boleh meletakkan tungku secara bergilir-gilir dikawasan yang hendak ditungku. Bagi tungku moden pula, anda boleh juga meletakkan beberapa helai daun pandan, daun lengkuas, daun mengkudu, daun sirih atau mana-mana daun herba didalam beg tungku moden sebagai aromatherapi. Daun yang diletakkan akan mengeluarkan bau yang harum apabila terkena panas tungku.

KHASIAT BERTUNGKU
Amalan bertungku ini penting kepada wanita selepas bersalin, ia dapat:
  • menghangatkan badan ibu
  • membuang angin
  • mengecutkan urat yang kembang selepas bersalin
  • memperbetulkan serta melancarkan perjalanan darah. Biasanya darah nifas mengalir lebih lancar selepas bertungku. Justeru bertungku ada kala diteruskan hingga keluar darah terakhir berwarna seakan-akan putih keperangan atau dipanggil darah meroyan. Jika ibu rajin bertungku bolehlah diteruskan hingga habis pantang.
  • Sebaiknya dilakukan dengan menggunakan batu sungai
  • Kesan bertungku bukan kerana berat batu tetapi tahap kepanasannya yang dapat meresap hingga ke dalam
  • Seeloknya dilakukan hingga 44 hari untuk kesan yang
Amalan bertungku tidak terhad kepada wanita dalam pantang, sebaliknya boleh dilakukan sesiapa sahaja, baik lelaki atau wanita untuk tujuan kesihatan.

Dengan bertungku, toksin yang berkumpul dalam saluran darah dikeluarkan dan mengembalikan tenaga yang hilang.Perjalanan darah kembali lancar dan masalah senggugut serta haid tidak teratur boleh diatasi jika amalan bertungku dapat dilakukan beberapa kali.

Begitu juga jika seseorang kerap dilanda masalah angin dalam badan, mereka turut digalak melakukan amalan bertungku.

Bertungku mampu mengembalikan kesegaran tubuh dengan bertungku menggunakan tungku daripada herba tradisional. Berbeza dengan amalan bertungku sebelum ini menggunakan batu sungai, tungku herba ini dibungkus dengan pelbagai jenis herba dan daun kayu. Antaranya, serai wangi, temulawak, daun pandan wangi, lengkuas dan halia. Bagi memberi kesan yang lebih baik, bahagian atas punggung, perut dan belakang kaki elok ditekap lebih lama.