Masyarakat Cina di Malaysia mempunyai beberapa jenis permainan tradisional seperti i yo-yo
Cina, mahjong, Xiang Qi (catur Cina) dan lain-lain. Xiang Qi merupakan antara permainan yang
terkenal dan sangat digemari pada hari ini. Ianya berupa permainan catur. yang mempunyai ciri-ciri keunikan dengan peraturan dan syarat permainan yang tersendiri.
Xiang Qi merupakan satu permainan yang
berasal dari purba China, iaitu kira-kira tahun 569 sebelum Masihi ke-4 pada
zaman masyarakat Feudal. Melalui catatan yang rasmi, catur Cina ini telah muncul
pada zaman peperangan di China. Sebelum Dinasti Qin, ia berevolusi dari sejenis
judi dan berubah kepada sejenis Catur Enam yang terkenal pada penghujung zaman
berperang Chunqiu pada tahun 770 sehingga tahun 476 sebelum Masihi ke-4.
Menurut buku purba China pada zaman Dinasti Song, Xiang Qi merupakan sejenis
permainan yang tidak mempunyai peraturannya. Kemudiannya ianya dimodenkan dengan peraturan-peraturan permainan tersendiri. Permainan ini sangat digemari oleh Raja-raja China. Permainan ini sangat membantu dalam mengatur strategi-strategi peperangan.
Kaedah Bermain
Catur Cina semakin menjadi moden disebabkan perkembangannya
bersama-sama dengan kepintaran, kebijaksanaan, sejarah dan budaya rakyat China.
Permainan ini merupakan satu permainan papan yang ditempuri oleh dua orang
pemain yang mewakili dua pasukan tentera. Permainan ini sangat unik dari segi
ciptaan dan ciri-ciri khasnya. Papan caturnya dibahagi oleh sebatang ‘sungai’
kepada dua bahagian yang bertentangan.
Teknik, stategi, kepintaran dan
kesabaran amat diperlukan semasa bermain permainan ini. Kemunculan permainan
catur Cina ini sangat berfaedah dan berguna tidak kira pada masa dahulu atau
sekarang. Hal ini kerana pada zaman Dinasti China dahulu, maharaja akan mendapat
idea dan strategi untuk menyerang musuhnya dengan sabar dengan bermain strategi
catur. Manakala bagi rakyat sekarang, mereka dapat mempelajari kesabaran dan tumpuan yang
amat diperlukan pada masa kini.
No comments:
Post a Comment