Tuesday, February 25, 2014

Bawang putih - makanan ajaib



Bawang putih merupakan antara tumbuhan yang digunakan  oleh masyarakat Malaysia  di dalam memasak makanan terutamanya untuk menumis. Baunya kurang enak semasa sedang ditumis. Ini kerana bawang putih mengandungi sejenis bahan yang dikenali sebagai Allicin. Allicin inilah yang memberi bau yang tidak menyenangkan tersebut. Allicin akan bercampur dengan sulfat untuk menjadi sulfida. Bau ini hanya keluar apabila bawang dipecahkan atau ditumbuk. Namun demikian, ciri-ciri perubatan menakjubkan yang terdapat pada bawang putih dengan kandungan sebatian Allicin tidak boleh dipandang ringan.

Pakar herba telah lama menganggap bawang putih sebagai " herba atau makanan ajaib" kerana unsur perubatan dan antibiotik yang ada padanya. Ia dapat membersihkan sistem tubuh dan mencegah pelbagai penyakit. Penggunaan bawang putih sebagai ubat tradisional  telah dikesan sejak ratusan tahun yang lalu  oleh pelbagai negara. Banyak pakar telah membuktikan kemujaraban bawang putih secara ilmiah.Rekod Perubatan India menunjukkan bawang putih telah digunakan sebagai bahan perubatan tradisional hampir 5,000 tahun dahulu, manakala masyarakat Cina menggunakannya sejak 2,000 tahun dahulu.

Khasiat bawang putih digunakan di dalam ramuan tonik wanita selepas bersalin, untuk mengeluarkan angin di dalam badan, mengatasi masalah usus dan penghadaman serta masalah parasit. Masyarakat Cina pula percaya bahawa bawang putih dapat menyembuhkan luka dengan cepat dan melegakan sakit sendi (rheumatism). Bawang putih yang dimakan mentah pula berupaya untuk merawat asma, artritis, selesema, jangkitan sinus dan sakit tekak.

Pada tahun 1921, De Bray dan Leopard, pakar dari Belanda telah membuktikan bahawa bawang putih amat berkesan dalam pengubatan tekanan darah tinggi. Demikian juga Ortney de Jerman dan Povilaard, ilmuwan Perancis pada tahun 1929. Dengan itu , amat elok untuk anda memakan bawang putih sebagai ulam atau meggunakan untuk memasak sayur. Terdapat segelintir orang membakar bawang putih dan memakannya seumpama makanan lain. Anak-anak kecil adalah amat digalakkan memakan bawang putih sebagai makanan.

KEGUNAAN
Menurut kajian sains, bawang putih mempunyai 2 fungsi penting :
1)    Sebagai makanan
2)  Penawar penyakit-penyakit khusus seperti penyakit jantung, penyakit jangkitan bacteria, virus dan fungus.

Kajian telah menunjukkan bahawa bawang putih mampu melawan pelbagai jenis bacteria, virus dan fungus berbanding dengan antibiotik sungguhpun tindakannya tidak sekuat antibiotik. Ini adalah kerana bawang putih mengandungi Allicin (sejenis sulfat semulajadi). Dengan itu, bawang putih boleh dimakan secara mentah ataupun dalam bentuk kapsul untuk mengubati jangkitan mulut, kerongkong, bronchitis, cirit-birit, jangkitan kulit dan juga jangkitan saluran kencing. Bawang putih juga boleh menyembuhkan penyakit selsema dan demam selsema. Kandungan Allicin  bertindak menghalang tindakan bakteria di dalam saluran pernafasan. Dengan ini masalah hidung tersumbat dan influenza boleh diatasi. Bawang putih juga  kaya dengan protein, vitamin A,C, tiamin dan galian-galian surih seperti tembaga, zink , kalsium,potassium, sulfur, germanium dan selenium.

Suatu kajian telah dilakukan oleh Garlic Information Center  terbukti bahawa bawang putih mengandungi bahan yang dapat menyerang virus yang seterusnya mengurangkan gejala selsema, mempercepatkan proses penyembuhan dan mengurangkan risio dijangkiti virus lain.

Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Selain itu bawang putih juga digunakan sebagai penawar batuk, kecacingan, tekanan darah tinggi, gatal-gatal, diabetes dan banyak lagi. Bahkan bawang putih juga dapat digunakan sebagai agen awet muda, melambatkan proses penuaan, meningkatkan tenaga batin dan menguatkan otot-otot badan. Dr. Allen Mc Anywell dari Darwin Medical Center pernah menyatakan bahawa ubat yang mengandungi bawang putih dapat menyembuhkan jangkitan usus, jangkitan saluran pernafasan, kulit dan luka akibat dari gigitan binatang.

Sebatian unik, Allicin juga mengandungi khasiat perubatan semulajadi seperti ciri antibakteria, antivirus, antibarah dan mencegah penyakit jantung. Bahan ini juga mampu merencat pertumbuhan tumor dengan merencat pembahagian dan pembesaran sel-sel. Allicin juga berupaya untuk membaiki dan menguatkan sistem pertahanan tubuh seseorang. Sebatian allil disulfida yang terdapat di dalam bawang putih juga turut membantu mencegah pertumbuhan tumor malignan.

Penyelidikan yang dilakukan di China pada tahun 1991 telah membuktikan bahawa seseorang yang kerap atau mengamalkan memakan bawang putih dapat mengurangkan kadar serangan barah perut. Hal yang sama juga berlaku di Peking, kadar kematian disebabkan penyakit barah di dapati rendah bagi penduduk yang kerap memakan bawang putih secara berterusan. Mereka mengambil sehingga 200g bawang putih setiap hari. Hal sebaliknya berlaku kepada orang yang tidak memakan bawang putih, mereka lebih mudah diserang penyakit barah. Namun begitu masih belum terdapat bukti kukuh menyatakan bahawa dengan mengamalkan pengambilan bawang putih dapat mengelakkan diri manusia dari penyakit barah secara keseluruhannya.

Selain berupaya mengurangkan kadar penyakit barah, bahan Allican dapat mengurangkan tahap kolestrol sehingga 19% disamping berupaya menghalang pengumpalan platlet darah, meningkatkan aliran darah dan merendahkan tekanan darah. Penemuan ini diperolehi melalui penyelidikan penyakit jantung di Yayasan Jantung British dan Jabatan Kesihatan Umum di Oxford.

Penggunaan bawang putih untuk mengurangkan penyakit jantung telah lama diamalkan oleh penduduk Mediterranean dan juga negara-negara Asia di mana bawang putih mudah diperolehi. Di China dan Jepun, bawang putih telah digunakan untuk merawat darah tinggi (hypertension). Herba ini juga telah dibuktikan dapat mengurangkan lemak dan gula di dalam darah. Ia mengandungi komponen antikoagulan iaitu sejenis bahan yang bertindak sebagai pembersih darah, mengawal penyakit jantung dan strok. Bagi pesakit jantung, kesan bawang putih lebih efektif daripada aspirin kerana kandungan Allican dapat merencat pengumpulan platlet yang boleh menyumbat saluran darah tanpa mengganggu fungsi enzim. 

Menurut sejarah, Louis Pasteur (1858) telah berjaya membunuh bakteria di dalam makmal dengan mencampurkan ekstrak bawang putih ke dalam media kalturnya. Kajian selanjutnya pula mendapati bahawa ekstrak bawang putih yang apabila dicampurkan bersama-sama medium kaltur akan merencat pertumbuhan bakteria, yis, kulat dan juga virus. Satu komponen kimia yang terdapat di dalam bawang putih ialah Ajoene yang berupaya merencat pertumbuhan lebih daripada 20 varieti kulat seperti Fusarium lini, Candida albicans dan Athlete's foot. Minyak yang diperolehi daripada bawang putih berkesan dalam merencat pertumbuhan bakteria berbahaya seperti Clostridium botulinum yang boleh mengakibatkan keracunan makanan. Ciri antimikrob ini boleh diperolehi daripada ekstrak bawang putih, daun serta minyaknya. Walaubagaimanapun bahan-bahan kimia yang bertindak sebagai antimikrob ini  akan termusnah keseluruhannya jika dipanaskan pada suhu 100°C selama 20 minit. 

Secara turun temurun bawang putih telah digunakan di negara kita untuk tujuan-tujuan berikut:-
  • Membuang angin
  • Menambah dan mengawal selera makan
  • Mengurangkan sakit gigi,gusi dan gigi yang longgar
  • Merawat batuk dan batuk kering
  • Merawat selesema
  • Merawat sakit telinga
  • Menghalau serangga
  • Merawat bisul dengan menuamnya
PENGAMALAN DOS
Mengambil 2 ulas bawang putih mentah setiap hari sudah memadai, tetapi dos standard adalah 900 mg serbuk bawang putih yang mengandungi 1.3% alliin setiap hari. Supositori bawang putih boleh digunakan untuk mengubati jangkitan yis. Anda boleh menghasilkan supositori tersebut dengan menggunakan seulas bawang putih yang telah dibuang kulit. Balut bawang putih tersebut dengan kain kasa dan kemudian masukkannya dalam rongga vagina. Ganti supositori itu setiap 3 – 5 jam. Ulangi proses ini selama 3 – 5 hari sehingga jangkitan yis sembuh.

Bakar  :
Pecahkan sedikit seulas bawang putih dan bakar selama beberapa minit.Sapukan   dengan minyak masak, kemudian sapukan ke tekak. Ini bagi mengurangkan masalah sakit tekan dan batuk. Ia amat baik untuk meredakan masalah sistem respirasi seperti demam sejuk, demam selsema dan sakit tekak.

Masakan :
Gunakan bawang putih sebagai salah satu ramuan dalam masakan. Bawang putih dan cuka boleh mengurangkan panas dan pathogen yang berbahaya.Penyediaan pes seperti di bawah sangat berkesan untuk mengubati demam biasa dan untuk mencegah influenza ataupun selsema.

500g bawang putih 
gula tebu

Tumbuk bawang putih sehingga menjadi pes.
2 sudu pes bawang putih dicampurkan dengan gula - diambil dengan menambahkan air panas.Campuran ini diminum 2 kali sehari. Campuran ini digunakan untuk merawat batuk akibat daripada penyakit angina ataupun bacteria pathogen.

KESELAMATAN 
Bawang putih tersenarai sebagai salah satu bahan yang selamat diambil oleh Food & Drug Administration (FDA). Walaubagaimanapun, mengambil bawang putih secara berlebihan boleh menyebabkan ketidakselesaan perut, pedih hati, loya, muntah, cirit-birit, perut kembung, kemerahan muka, denyutan nadi yang pantas dan insomnia. Bawang putih tropika boleh mengakibatkan kejadian rengsaan atau ‘pembakaran’ kulit yang teruk. Jadi anda disarankan agar berhati-hati ketika mengaplikasikannya pada kulit dan supositori vagina. Bawang putih juga mampu mencairkan darah, sekali lagi anda disarankan agar tidak mengambilnya sebelum menjalani pembedahan atau bersalin. Anda juga diingatkan bahawa bawang putih tidak boleh diambil bersama agen pencair darah coumadin ( warfarin ), heparin, aspirin atau trental sebaliknya boleh diambil bersama produk semula jadi seperti gingko dan Vitamin E yang berdos tinggi. Bawang putih adalah selamat diambil oleh wanita mengandung, kecuali ketika bersalin dan ibu yang menyusu.

1 comment:

  1. Assalamualaikum, jom sebarkan berita ni sberapa byk yg mgkin utk membantu org yg memerlukan, terima kasih smua..aaminn.

    Sy En.Mohd Zuhairi bin Noordin , pengasas produk herba dr hutan. Sy mnjual herba warisan yg mampu mrawat smua jenis kanser dari tahap 1 ke tahap 4 dan utk pengidap resdung kronik. Herba warisan dr hutan belantara ini tak mganggu rwatan kimoterapi. Ia blh diambil smasa rwatan hospital, malah lg baik jika berubat bsama spya lg cpt sembuh. Daun² herba trpilih ini sudah trbukti brkesan kpd rmai pesakit kanser & ianya sukar dijumpai, malah belum ada mna² syarikat yg mngeluarkn herba ini. Ia herba khusus mrawat kanser & resdung yg kronik. Fokus herba ni ialah mbunuh sel kanser hingga ke akar umbi spya kanser tak berulang lg.Jgn biarkan pnyakit menghuni dlm tubuh hingga kronik. Ia akn merebak ke organ lain.Bila dh merebak ia mnyukarkan rawatan. Herba bkn bnda asing lg. Jgn was² lg, sejak beratus thn herba dh digunakn oleh nenek moyang kita. Benda natural tak mganggu rawatan moden. Bkn pesakit kanser pun blh minum utk mencegah kanser. Utk psakit kanser, sy akn bantu hingga sembuh,memberi saranan & motivasi bgaimna utk hadapi kanser. Sy dh jumpa rmai psakit, kita blh brkongsi pndapat utk rawat smpai sembuh. Rmai psakit sy dh sembuh,anda bila lg?
    Hubungi utk order & pertnyaan:
    En. Mohd Zuhairi Bin Noordin - 017468 7570

    ReplyDelete