Malay : Belimbing buluh
Scientific name :
Averrhoa Bilimbi Linn.
English : Bilimbi/
Cucumber tree
Ayurvedha : Karmaranga/ Karmsaraka
Tamil : Irumban Puli/ Bilimbi
Belimbing buluh merupakan sejenis tumbuhan kampung yang mudah
tumbuh di iklim Tropika. Ianya mudah
ditanam di mana-mana kawasan dan tidak
memerlukan penjagaan rapi. Pokok belimbing selalunya rendah dan berdahan
banyak. Daunnya mempunyai dua jalur anak daun yang kecil dan tersusun rapi di
kedua-dua belah urat. Anak-anak daun ini mudah gugur dari tangkainya. Bunga
belimbing terdapat samada di batangnya ataupun di dahan-dahan yang matang.
Ianya berwarna merah. Buah belimbing selalunya didapati dalam keadaan
bertangkai asing ataupun dalam satu gugusan. Buahnya boleh digunakan untuk
pelbagai tujuan.
1. Pencuci muka/
melicinkan kulit muka
Parut buah belimbing dan
campurkan dengan bedak sejuk. Buatkan ianya menjadi masker, biarkan selama 10
minit. Kemudian bilas dengan air suam.
2. Menurunkan tekanan
darah
Tumbuk beberapa biji
buah segar. Minum perahan airnya 2-3 kali sehari.
3. Hilangkan jerawat
Tumbuk halus beberapa
biji buah segar. Tambahkan sedikit limau nipis dan ramas. Sapukan pada bahagian
yang dijangkiti jerawat. Biarkan beberapa minit dan bilas dengan air mengalir.
Lakukan 3 kali sehari.
4. Panau
Ambil beberapa biji buah
segar dan tumbuk halus. tambahkan sedikit kapur sirih dan sapukan pada
kulit yang dijangkiti panau. Biarkan 5
minit dan bersihkan dengan air
5. Batuk/ kahak
Ambil 10 biji buah
segar. Tambahkan 2 sudu besar air garam. Tapis dan minum 2 kali sehari atau
Rebus buah segar,daun
dan bunga dalam kuantiti yang sama banyak dan minum air rebusan tersedut 2 kali sehari
atau
Rebuskan segenggam bunganya
dengan sedikit jus pegaga (ditumbuk dan
ambil jusnya), 2 biji bawang merah dan 1 batang kulit kayu manis. Tapis air
rebusan itu. Minum air rebusan tadi dengan mencampurkan sedikit madu lebah
selama tiga kali sehari
6. Sakit gigi
Tumbuk bunganya dan
letak di gigi yang sedang sakit.
atau
Makan buah belimbing
bersama garam.
7. Pitam
Tumbuk buah yang mudah dan
minum jusnya. Rebusan air daunnya juga boleh digunakan.
8. Kencing manis
Amalkan minum jus buah mudah
( jangan terlebih minum kerana jus buahnya mengandungi kandungan oksalat yang
tinggi yang boleh memberi kesan sampingan seperti penyakit karang pada saluran
kencing)
9. Darah tinggi
Rebus beberapa biji buah
segar. Minum air rebusnnya selepas sarapan setiap pagi.
10. Penyakit kuning bayi
Mandikan bayi dengan air
rebusan daunnya
11. Sakit sendi
Giling halus daunnya dan
lumur seluruh badan sebulum mandi. Juga menghaluskan kulit dan menghilangkan
panau.
12. Demam panas
Ramas daunnya dengan
sedikit air. Letak di atas kain. Demah kain tersebut di atas kepala.
13. Pengganti cuka
Buah belimbing boleh
menggantikan cuka atau asam jawa dalam makanan
14. Mengilatkan tembaga
Barang tembaga dan suasa
akan kilat berseri bila buah ranum digunakan bersama garam dan digosokkannya.
Ianya merupakan pengilat natural yang sangat efektif kerana kandungan oksalat
yang tinggi.
No comments:
Post a Comment