Sunday, April 27, 2014

Galah panjang/ Main Tol

Galah panjang ataupun Main Tol merupakan satu permainan tradisional kanak-kanak di Malaysia. Ianya juga turut dimainkan oleh orang dewasa di pesta-pesta kebudayaan dan sebagai acara sukaneka pada hari-hari tertentu atau hari sukan.

Permainan ini adalah jenis permainan di luar rumah. Ianya dimainkan dalam kumpulan di mana dua kumpulan diperlukan untuk memainkannya. Kumpulan penyerang dan kumpulan bertahan dibentuk dengan jumlah pemain bagi setiap kumpulan tidak kurang dari 4 orang.  Maximum 10 orang  boleh bermain dalam satu  kumpulan jika ruang untuk bermain adalah besar.

Petak disediakan sebelum memulakan permainan ini. Petak tersebut berbentuk segi empat tepat dengan kadar kelebaran dan ketinggiannya mengikut kesesuaian kumpulan pemain tersebut.






Kaedah bermain
* Sebelum permainan dimulakan ketua pasukan penyerang(ibu) akan menepuk tangan ketua pasukan bertahan di petak kepala gelanggang. Ini merupakan permulaan bagi kedua-dua pasukan beraksi.
* setipa pemain hendaklah melepasi semua garisan petak tersebut hingga ke garisan belakang sekali dan kembali semula ke garisan hadapan. Pemain yang dapat kembali semula ke dalam petak selepas melepasi petak terakhir dikehendaki mengambil satu bendera dari belakang dan memacaknya di sudut depan petak pada ruang yang disediakan sebagai tanda kejayaannya.
* Jika pemain tersebut disentuh oleh pihak bertahan maka dirinya dianggap mati atau terkeluar dari permainan tersebut.
* Jika ketua pasukan penyerang (ibu) dapat disentuh oleh pihak bertahan maka seluruh pasukan penyerang itu kalah.
* Dalam keadaan ini pertukaran kedudukan akan dilakukan di man pasukan bertahan akan menjadi pasukan penyerang.


Peraturan Permainan
*Pemain pasukan penyerang tidak boleh berundur kebelakang setelah melepasi garisan gelanggang.
Jika ini berlaku, pasukan penyerang dianggap kalah dan pasukan bertahan akan membuat pertukaran kedudukan/role sebagai pasukan penyerang.
* Pemain dikira mati jika terdapat pemain terkeluar dari garisan gelanggang.
* Masa ditentukan bagi satu perlawanan, antara 8 hingga 10 minit. Ini untuk mengelakkan pasuka penyerang melengah-lengahkan permainan.
* Pasukan penyerang akan diberi markah ganjaran jika ketua pasukan penyerang (ibu) dapat melepasi kesemua garisan hingga kembali ke garisan permulaan.
* Mana-mana pasukan yang dapat markah tertinggi akan dikira memenangi perlawanan tersebut.

Friday, April 25, 2014

Permainan Gomuku

Gomuku adalah permainan papan strategi abstrak. Ia juga digelar Gobang. Maksudnya "five in a row and connect five" yang bermaksud pergerakan 5 berturut-turut. 

Gomuku secara tradisionalnya dimainkan dengan batu Go ( batu hitam dan batu putih) pada papan Go (15x15 atau 19x19 persimpangan). Batu Go tidak boleh dipindahkan atau dikeluarkan dari papan, hanya boleh digerakkan sahaja. Gomuku juga boleh dimainkan dengan kertas dan pensil. Permainan ini dikenali dengan nama yang berbeza di negara lain.

Pemain batu hitam memulakan permainan dan diikuti oleh pemain lain secara bergilir-gilir. Batu akan digerakkan dan diletakkan pada titik kosong. Permainan ini tidak ada langkah terlarang. Pemain boleh menggerakkan batu secara mendatar, menegak atau menyerong.

Pemenang adalah pemain yang berjaya mendapatkan 5 baris batu yang tidak berputus-putus. Batu yang disusunnya boleh dikira secara mendatar, menegak atau menyerong.