Amalan
Bertungku
Amalan
bertungku merupakan amalan tradisional yang penting ketika berpantang. Tidak
lengkap berpantang sekiranya tidak bertungku.
Biasanya tungku diperbuat daripada besi sebesar botol 500ml dan beratnya
kira-kira 1.5 kg. Bertungku juga tidak semestinya menggunakan besi kerana batu
sungai atau anak lesung juga boleh digunakan. Ini kerana kesan bertungku bukan
terletak kepada beratnya tungku tetapi tahap kepanasannya yang dapat meresap
hingga ke dalam.
WAKTU BERTUNGKU
Waktu bertungku biasanya boleh
dilakukan pada bila-bila masa, tidak kiralah waktu pagi, petang atau malam.
Sebaiknya dilakukan setiap kali selepas mandi dan sekerap yang boleh sepanjang
tempoh berpantang. Mulakan bertungku sebaik saja anda kembali kerumah dari
hospital dan dilakukan setiap hari sehingga habis tempoh 44 hari pantang
bersalin.
CARA-CARA
BERTUNGKU
- Dilakukan sambil berbaring.
- Bahagian yang perlu ditungku - tungku ditekan
perlahan-lahan bahagian bawah payu dara dan perut, bahagian pinggul, paha,
punggung, bahagian ari-ari/bawah pusat, tapak kaki dan tumit. Kawasan
yang perlu dielakkan ialah dibahagian luka pembedahan / cesarean.
- Untuk kesan tungku yang
lebih baik tapak kaki serta tumit juga perlu ditungku.
- Bagi yang menggunakan batu
tungku, ia perlu dipanaskan terlebih dahulu selama setengah hingga satu
jam di atas api yang sederhana. Kemudian tungku perlu dibalut dengan kain
cita yang telah dilapik dengan daun mengkudu yang dikenali sebagai Morinda
citrifolia. Jika daun Morinda citrifolia tiada maka daun sirih iaitu nama
sainsnya Piper betel atau daun lengkuas juga boleh digunakan. Kesan
panas dari tungku akan meresap ke dalam daun dan sekaligus bertujuan
merawat bahagian badan semasa proses bertungku.
- Bagi yang menggunakan batu sungai, anda boleh
panaskan beberapa biji batu setiap kali ingin bertungku. Balut batu dengan
kertas surat khabar dan kain yang tebal, dan letak tungku di bahagian yang
perlu ditungku seperti di atas. Sebaiknya diletakkan di beberapa bahagian
badan serentak. Tapi langkah berhati-hati ketika bertunku haruslah diberi
perhatian kerana tunku berada dalam keadaan panas.
- Bagi yang menggunakan tungku dari besi dan tungku moden, anda boleh meletakkan tungku secara
bergilir-gilir dikawasan yang hendak ditungku. Bagi tungku moden pula,
anda boleh juga meletakkan beberapa helai daun pandan, daun lengkuas, daun
mengkudu, daun sirih atau mana-mana daun herba didalam beg tungku moden
sebagai aromatherapi. Daun yang diletakkan akan mengeluarkan bau yang
harum apabila terkena panas tungku.
KHASIAT BERTUNGKU
Amalan
bertungku ini penting kepada wanita selepas bersalin, ia dapat:
- menghangatkan badan ibu
- membuang angin
- mengecutkan urat yang
kembang selepas bersalin
- memperbetulkan serta
melancarkan perjalanan darah. Biasanya darah nifas mengalir lebih lancar
selepas bertungku. Justeru bertungku ada kala diteruskan hingga keluar
darah terakhir berwarna seakan-akan putih keperangan atau dipanggil darah
meroyan. Jika ibu rajin bertungku bolehlah diteruskan hingga habis
pantang.
- Sebaiknya
dilakukan dengan menggunakan batu sungai
- Kesan
bertungku bukan kerana berat batu tetapi tahap kepanasannya yang dapat
meresap hingga ke dalam
- Seeloknya
dilakukan hingga 44 hari untuk kesan yang
Amalan
bertungku tidak terhad kepada wanita dalam pantang, sebaliknya boleh dilakukan
sesiapa sahaja, baik lelaki atau wanita untuk tujuan kesihatan.
Dengan bertungku, toksin yang berkumpul dalam saluran darah dikeluarkan dan
mengembalikan tenaga yang hilang.Perjalanan darah kembali lancar dan masalah
senggugut serta haid tidak teratur boleh diatasi jika amalan bertungku dapat
dilakukan beberapa kali.
Begitu juga jika seseorang kerap dilanda masalah angin dalam badan, mereka
turut digalak melakukan amalan bertungku.
Bertungku mampu mengembalikan kesegaran tubuh dengan bertungku menggunakan
tungku daripada herba tradisional. Berbeza dengan amalan bertungku sebelum ini
menggunakan batu sungai, tungku herba ini dibungkus dengan pelbagai jenis herba
dan daun kayu. Antaranya, serai wangi, temulawak, daun pandan wangi, lengkuas
dan halia. Bagi memberi kesan yang lebih baik, bahagian atas punggung, perut
dan belakang kaki elok ditekap lebih lama.